senyum sokmo seperti kami..=)
wahai orang yang mengeluh kerana sukar tidur , yang menangis kerana sakit, yang bersedih hati kerana satu tragedi, dan yang berduka kerana suatu musibah, sebutlah nama Allah yang kudus.
" Adakah engkau mengetahui sesiapa pun yang senama sebanding dengan-NYA? "
Semakin sering anda mengingati Allah, fikiran anda semakin terbuka,hati anda semakin tenteram, jiwa anda semakin bahagia dan nurani anda semakin sentosa. Hal itu kerana dalam mengingati Allah terkandung nilai-nilai ketawakalan kepadaNYA, keyakinan penuh KepadaNYA,kebergantungan diri kepadaMU,berbaik sangka kepada-NYA dan pengharapan kebahagiaan dari-NYA. Dia sentiasa dekat ketika si hamba berdoa kepada-NYA, sentiasa mendengar ketika mendengar ketika diminta dan sentiasa mengabulkan jika dimohon.
"berzikir kepada Allah merupakan penyelamat jiwa dari pelbagai kerisauan, kebimbangan,kekesalan dan kegoncangan. "
Rendahkan dan tundukkan diri anda di hadapan-NYA, lalu sebutlah secara berulang-ulang nama-NYA yang indah dan penuh berkat itu dengan lidah anda sebagai penjelmaan dari ketauhidan, pujian ,doa, permohonan dan permintaan ampunan anda kepada-NYA. Dengan begitu,nescaya anda, berkat kekuatan dan bantuan dariNYA, akan mendapat kebahagiaan,ketenteraman,ketenteraman,ketenangan,cahaya penerang dan kegembiraan.
"Oleh itu Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat syurga yang tidak ada bandingannya). "
(Surah Ali-Imran:148)
|
This entry was posted on 7:43 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
0 comments: