PeRiStiWa 1 oGoS..
5:33 PM | Author: ummul mujahidah_90
Salam perjuangan buat semua...pada 1 Ogos 2009 berlakunya peristiwa bersejarah dalam persatuan belia Islam nasional (PEMBINA) iaitu malam aspirasi seni bersamamu Palestin..pada pukul 2.30 petang akhawat PEMBINA berkumpul di pejabat Isma'...semua ipt di daerah hulu langat berkumpul bersama-sama dan sesi taaruf dimulakan..pada hari itu juga dikatakan sebagai hari menyambut ahli2 PEMBINA yang baru...semuanya masih muda2 lagi dan mempunyai pemikiran yang bijak pada pandangan saya.alhamdulillah semakin ramai mujahidah dalam isma' terutama sekali dari golongan belia itu sendiri.

selepas itu ucapan alu-aluan dari kak hasni dan juga kak faz yang banyak memberi nasihat berguna kepada kami semua.selepas solat asar berjemaah kami bertolak ke pusat dakwah Islamiah Paroi dan ketika dalam perjalan...semua akhawat membaca ma'thurat agar perjalanan kami menjadi berkat..doa turut dibaca memohon keberkatan dari Yang Maha Esa agar selamat tiba ke destinasi yang ditujui..ketika tiba di hadapan pusat dakwah..bas tidak masuk terus ke pusat dakwah..pada mulanya hati ini tertanya-tanya kenapa???akhirnya persoalan kami terjawab..kak nani..keretanya mengalami masalah..berasap jadinya...pakcik bas berhenti dan cuba membantu..alhamdullilah kerosakan itu berjaya dibaiki..kami semua tiba dengan selamat di pusat dakwah Islamiah Paroi...


disana...sebelum majlis bermula...kami makan mihun goreng yang dimasak oleh kakak2...em..alhamdullillah..rezeki..sedap..hehe...selepas solat maghrib berjemaah,majlis pun bermula..(sebenarnya sudah bermula sejak pukul 2 petang tapi kami datang ketika malam kerana petang ada pertandingan untuk sekolah2)...banyak perkara yang bermanfaat kami dapat disana...saudara Muadz yang dijemput sebagai artis jemputan menyanyikan nasyid2 perjuangan menyemarakkan lagi semangat perjuangan dalam diri kami..Allahuakbar!!!....sempat juga kami membeli-belah di gerai2 jualan yang terdapat di sebelah dewan..huluran derma buat sudara di sana tidak dilupakan..

“Sesiapa yang tidak peduli urusan umat Islam, dia bukan dari kalangan mereka”.

(Hadis)



pada jam 11 lebih kami bertolak ke pejabat Isma' Bangi dan ber mala m disana serta melakukan qiamulail..aktiviti yang paling disukai...alhamdullilah keesokkannya kami semua pulang ke ipt masing2 untuk meneruskan perjuangan di medan ilmu....beberapa gambar kenangan kami di pusat dakwah Islamiah Paroi..beberapa kenangan kenangan :


majlis taaruf di pejabat Isma' Bangi...wakil dari PEMBI NA KPTM Bangi...
Dari kiri: syafiqah,penulis,nitie,kak mek dan nisa'..

gambar kenangan bersama-sama akhawat PEMBINA DHL....bertempat di Pusat Dakwah Islamiah..

"orang Islam ialah orang yang jika orang Islam yang lain tidak merasa terganggu oleh lisan dan tangannya. Manakala orang mukmin ialah orang yang membuat orang lain merasa aman terhadap darah dan hartanya." (hadis nabi)

"Sesungguhnya Allah menyuruhku untuk menyambung tali silaturrahim dengan orang yang memutuskan silaturrahim denganku. Aku disuruh untuk mengampuni orang yang berlaku zalim terhadapku dan memberi kepada orang yang tidak pernah memberi kepadaku." (hadis nabi)

" Dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain."
(Surah Ali Imran:134)
|
This entry was posted on 5:33 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: