Liku-Liku Kehidupan Penuh Bermakna
1:27 AM | Author: ummul mujahidah_90
Bismillahirohmannirohim...
cerita ini ana kongsikan hadirnya dari kisah hidup yang berlaku kira-kira 3 tahun dahulu...ketika berusia 18 tahun waktu itu..maklumlah selepas habis exam spm macam biasa duduk sahaja di rumah jadi suri rumah xberlesen..emak dan abah mula bising sebab duduk rumah je..xbergaul dengan sesiapa..jadi nak xnak ana mulalah mencari kerja sambilan..syukur kepada Allah dapat tawaran di sebuah kilang elektronik yang terletak di sebelah taman perumahan ana je..dalam 15 minit berjalan kaki sampailah..apabila tiba di sana ana lulus segala ujian n mula praktikal kerja..ketika itu ana berbual dengan seorang auntie India..

"adik nampak baik, kenapa kerja kat sini?"
"dekat dengan rumah, xpele auntie..janji halal..cari pengalaman sebelum sambung belajar."
"kalau auntie, memang xbagi anak auntie kerja kat sini..sangat sosial..lagi2 kamu..bahaya..hati2 ye..auntie nasihat macam anak auntie.."

ana masa 2 masih xfaham dan xmengerti
Italic jadi, ana teruskan saja kerja..kemudia hampir tengah hari ana bertanya sesuatu kepada auntie 2..

"auntie. kat sini surau kat mana ye??"
"adik, selama auntie kerja 10 tahun kat sini mana ada surau. orang melayu, bangla,indon, myanmar yang Islam kadang2 je sembahyang.kamu memang baik dan xsesuai kat sini adik. nanti bos nampak dia potong gaji, sekali nampak 50 ringgit potong kalu 10 kali dia nampak??"

terkedu sangat2 masa 2..ya Allah..tempat apa ni..kenapa tempat sebegini..sumber rezeki ramai manusia..Islam dihina tanpa disedari..terus ana ambil keputusan..untuk...

"assalammualaikum kak, bang (supervisor2 kilang, melayu islam).."
waalaikummusalam..ye..kenapa mimi??suka xkerja kat sini??
"maaflah kak, abang..terus terang saya xnak kerja kat sini. minta maaf sangat2"
tapi kenapa??
" saya dapat tahu kat sini xdibenarkan solat, kalu nak pun kena sembunyi2 kan?"
yee..betul...
" jadi, saya xnak kerja kat sini..hati saya xtenteram..gaji yang saya dapat pun xberkat..sia2 sahaja ..saya xnak jadi seorang Islam yang hanya sekadar nama..saya takutkan bala Allah..ok lah..terima kasih..saya balik dulu.."
adik ni mesti budak sekolah agama kan..
"maaf, bukan..saya bekas pelajar sekolah teknik..pelajar engineering..sesiapa pun wajib untuk tegakkan Islam kak, abg..ok le..assalammualaikum wbt.."

ketika itu boss cina pandang ana macam nak makan..ketika di sekolah ana xberani nak cakap macam kat atas ni..xtahu Allah beri kekuatan ..lancar pula lidah ni berkata2..tengok muka boss cina 2 dengan rasa penuh benci dan geram kerana menghina Islam dengan membuat peraturan sedemikian..xterlintas langsung rasa takut..ketika itu, lahir satu tekad," I HAVE TO DO SOMETHING FOR ISLAM!!!!"

SELEPAS ITU, ana pun pergi jumpa auntie tadi n say a lot of thank you..xsangka..seorang manusia yang berhati baik bahkan bukan beragama Islam..memberithu dan alert dengan hal solat melebihi pekerja2 melayu yang ada di sekitar ana ketika itu..ana xmenyesal langsung dan dalam perjalan pulang ana ternampak iklan kerja kosong di sebuah kedai kek..

ana dengan segera menelefon owner kedai tersebut..syukur alhamdullilah ya Allah..aku diterima kerja...gaji seribu dua ratus..pergi dan balik bos hantar..kerja pula bahagian marketing..di putrajaya..masa 2 dapat kenal dengan ramai ahli perniagaan..orang2 kementerian..syukur..indah sangat ya Allah...

kesimpulannya, jika kita korbankan sesuatu kerana Allah tanpa rasa sedikit penyesalan dan yakin dia Maha Adil lagi pemurah..yang rezeki itu berada di mana2 sahaja..Allah akan balas dengan beribu kali ganda lebih baik dari apa yang kita tinggalkan demiNYA...jangan dipersoalkan sama sekali..ingatlah..asas kepada iman ialah SOLAT.utamakan yang lebih utama dan tinggalkan hal-hal yang remeh - temeh...bila bekerja ingat kembali nawitu kita dan jangan mudah rambang mata, tergadai maruah dan agama..

setelah sekian lama berkerja..panggilan jihad untuk menyambung kembali pengajian ilmu Allah ana terima..sebelum berhenti kerja..boss ana meraikan ana di sebuah restoran mahal bersama kakak2 chef kek dan atok(owner kilang beras) dengan cucunya sekarang ambil kulinari di BMI..ana rasa bahagia sekali..xpernah dijangka untuk menerima layanan yang begitu istimewa..alhamdullilah YA ALLAH..

bagi ana sendiri, ini merupakan sebahagian jalan tarbiyah yang Allah sendiri didik dalam diri hamba-NYA ini..terima kasih Ya Allah..jalanNYA itu penuh berliku lagi menyakitkan akan tetapi tanpa disedari kemanisan yang Allah beri tanpa dijangka..itulah hadiah terhebat..Allahuakbar!!!

hadiah buat teman mujahidah
3:38 AM | Author: ummul mujahidah_90
Wahai teman...

Sejauh mana hati kita lunak dengan pujian manusia, atau asyik dengan ujian ketabahan dan kekebalan hati yang Allah Taala beri, kita yakin ada lagi perkara lebih besar yang bakal berlaku dalam hidup ini. Jadi apa sahaja perkara ‘kecil’ yang berlaku, tidak akan memberi kesan yang serius dalam hidup kita, kerana matlamat kita adalah akhirat.

Allah Taala berfirman;

Bermaksud: “Oleh itu (tetapkanlah akan kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertakan kemudahan. Sesungguhnya (sekali lagi ditegaskan) bahawa tiap-tiap kesukaran itu disertakan kemudahan” ash-Sharh (94:5-6)

Jadilah hamba kepada satu Tuhan untuk dipersembahkan keikhlasan beribadat, melakukan kebajikan, bukan kerana untuk membahagiakan ‘tuhan-tuhan’ kecil semata-mata kerana habuan dunia.

Kita akan tewas selama-lamanya sebelum sempat berjuang.

CINTA AKU PADA SI DIA
12:34 AM | Author: ummul mujahidah_90


Cinta itu buatkan
Cinta utamaku lemah
Cinta aku pada si dia
Buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah Yang Maha Esa..

Buatkan cintaku pada Rasulullah
Kekasih Yang Maha Kuasa
Buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung
Buatkan cinta aku pada iman
Nur yang sentiasa terang
Seakan-akan goyah
Umpama meniti jambatan rapuh
Yang kalau-kalau ditiup angin kencang
Rebah sujud sia-sia ke bumi

Cinta aku pada si dia
Mencalar kotor pada pahalaku
Bertambah erat pula
Pegangan si dosa-dosa
Cintaku pada si dia
Buatkan jiwaku resah
Bernanah dengan maksiat
Zina mata, zina hati
Buat aku terus-terusan gelisah
Melihat pasangan lain
Melayari bahtera durjana
Yang kononnya indah
Walhal aku tahu
Halal haramnya...
Meskipun aku tahu
Baik buruknya...
Sungguhpun aku tahu
Azab dan siksanya...

Bukankah cintaku aku pada si dia
Harus bawaku dekat
Ke kota pujaanku...syurga
Bukankah cinta aku pada si dia
Harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
Dari neraka yang pedih azabnya

Jadi...
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta bisikan Allah
Mana mugkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah cinta yang bisa buatkan aku
Bahagia dunia akhiratnya
Mana mungkin cinta ini
Cinta aku pada si dia
Adalah suci, tulus dan perawan

Aku muhasabah nilai cinta ini
Sebak dada, kusut jiwa
Menitis air mata seorang hamba derhaka
Mengenangkan betapa murahnya nilai cinta ini
Hinanya cinta ini disisi tuhan

Cinta yang aku dambakan
Cinta aku pada si dia
Tiada apa-apa erti buat tuhan
Hanya lumpur noda mengundang murka...

Rupa-rupanya
Cinta aku pada si dia
Tidak layak menggapai rahmat
Tidak layak menjemput berkat
Dan tidak akan pernah mengundang keredhaan

Maafkan aku Ya Allah
Maafkan aku untuk ada rasa
Cinta aku pada si dia
Yang tidak ada nilai di mata mu Tuhan

Ya Allah
Jodohku ditanganmu
Kalau benar
Cinta aku pada si dia
Hanya menambah timbunan dosa
Aku mohon ampun Ya Allah

Doaku...
Harapanku...
Pintaku dengan harap...
Harap dengan sangat...
Penuh rendah diri sebagai hambamu
Kurniakan aku masjid yang sempurna
Dengan jodoh yang baik-baik
Penuhi pertemuan dan perpisahannya
Dengan iman, nur dan rahmatmu...
Biar jodohku itu...
Buatkan aku dekat padamu Ya Allah
Biar jodohku itu...
Buatkan syurga nanti jadi naungan untukku
Biar jodohku itu...
Buatkan aku lebih mencintaimu
Lebih dari segalanya Ya Tuhan...
Ya Allah... Amin...

kelebihan RAMADHAN
7:30 PM | Author: ummul mujahidah_90
1.Dibelenggu para syaitan dan jin.

Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.

“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.

“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.

“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

3. Pintu neraka ditutup.

Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga.

Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.

Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .

6. Dilepaskan tahanan neraka

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”

7.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Rasulullah bersabda “Siallah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.

http://pondokhabib.wordpress.com/2009/08/10/kelebihan-ramadhan/
suami idaman...
12:27 AM | Author: ummul mujahidah_90
saat cincin sudah tersarung..tanggungjawab turut bersemi..


Betul ke kita(wanita) nak suami yang soleh?

Rata-rata gadis bila diajukan soalan mengenai jodoh, mereka mahukan suami yang soleh yang boleh membimbing mereka di dunia dan di akhirat. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan mereka?

Jika dimakbulkan Allah, mereka betul-betul mendapat "lelaki soleh" sebagai suami pilihan mereka. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, dan sentiasa menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia mahukan suami yang soleh.

Sedangkan si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami kejutkan suruh solat tahajud."Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!

Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah sahaja, 'berada di bawah ketiak isteri sepanjang hari'. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai.

Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai 'rumah keduanya'. Ini pun ada wanita tak suka, asyik-asyik ke masjid aje, kata mereka. Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila dah dapat, anda marah pula! Macamana doa anda dulu??

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah satu perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini memang mana-mana perempuan pantang, malah membenci suaminya kahwin lagi.Bukankah dulu anda mahukan lelaki yang soleh?

Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat. Akhirnya mereka memilih akhirat.

renung-renungkan....
Puteri Islam Sejati
8:45 AM | Author: ummul mujahidah_90





Disediakan oleh:Abu Ubaidah bin Sainuri



Wanita ibarat bunga.Indahnya pada pandangan mata hanya sementara.Yang kekal menjadi pujaan manusia hanyalah wanita yang mulia akhlaknya kerana akhlak itu umpama bunga diri.Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk.Tiada gunanya juga berwajah cantik tetapi hati kosong tanpa ilmu.Ibarat bunga,ada yang cantik apabila dipandang tetapi busuk baunya.Ada pula yang kurang menarik rupanya dan baunya juga kurang menyenangkan.Ada juga bunga yg tidak menarik pada pandangan kasar tetapi tetapi apabila dihalusi dengan mata hati,ternyata amat tinggi nilainya.Wanita adalah makhluk allah yg sangat istimewa.Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita.Oleh yang demikian Allah telah menetapkan hokum-Nya ke atas mereka.Walaupun hukum itu dilihat berat pada pandangan si jahil tetapi ia adalah kemanisan iman yang bakal dicapai oleh seseorang wanita solehah.Rasullullah pernah bersabda”Harta Yang Paling Berharga Di Dunia Adalah Wanita Solehah”(hadith riwayat Muslim)



Kelebihan Wanita.



Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w pernah bersabda.”Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan,diampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah mengangkat 1000 darjat untuknya.”



Maulana Syed Ahmad Khan dalam bayannya menceritakan kelebihan yg dimiliki oleh wanita.Katanya”seorang wanita yang solehah adalah lebih baik daripada seorang wali Allah”.Wanita yang menguli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya.Wanita yang membersihkan lantai dengan berzikir dapat pahala seperti membersihkan Baitullah.Wanita yang solehah adalah lebih naik dari 70 lelaki soleh.



Perkara yang dibenci Allah.



Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman:”Hiduplah dengan apa yang kamu suka”Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.Wanita yang jahat lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.



Sewaktu Nabi Muhammad di israkkan ke langit,baginda telah diperlihatkan pelbagai jenis azab ke atas wanita yang mengingkari suruhan Allah,sesungguhnya azab Allah itu amatlah berat.









1)Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otaknya mendidih=tidak menjaga rambutnya dikalangan lelaki.



2)Digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya dan aspal yg mendidih dari neraka di tuangkan dikerongkongnya.=wanita yang menyakiti hati suami dengan kata-kata.



3)Digantung dengan buah dada dan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya=menyusui anak orang lain tanpa izin suami.



4)Diikat dengan kaki dan tangan =keluar dari rumah tanpa izin suaminya,tidak mandi wajib dari haid dan nifas.



5)Wanita yang memakan dirinya sendiri dengan di bawahnya ada api neraka yang menyala-nyala.=suka bersolek untuk dilihat lelaki lain dan bercakap tentang keaiban orang lain.



6)Memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka=suka menonjolkan dirinya dikalangan orang ramai supaya orang lain terpesona.



7) Diikat dengan kaki dan tangan ke arah ubun-ubunnya,serta dibelit dengan kekuasaan ular dank ala jengking=mampu mengerjakan solat dan puasa tetapi tidak mahu mandi wajib dan berwudu’.



8)Kepala babi berbadan keldai=suka mengadu domba dan berdusta



9)Berbentuk seperti anjing=suka memfitnah dan marah-marah pada suaminya



Jelaslah bahawa azab Allah amatlah berat,jadikan kisah ini satu iktibar dalam pembentukan sahsiah untuk membentuk peribadi muslimah yang cemerlang dunia akhirat,insyaallah.

sumber: http://ppimkursk.blogdrive.com/
REZEKI YANG TIDAK DIJANGKA
8:02 AM | Author: ummul mujahidah_90
Bahasa melambangkan bangsa. Bahasa arab bahasa al-quran dan ahli syurga, walaupun kita bukanlah berbangsa arab tetapi disebabkan kalamullah dalam bahasa arab membuatkan kita berasa perlunya belajar bahasa arab. Seperti mana anak-anak muda kini yang begitu bangga apabila bertutur bahasa Inggeris jadi mengapa tidak kita member perhatian dan tumpuan kepada bahasa arab, bahasa syurga???

“ Perhatian semua, sem ni insyaAllah pihak kolej akan mengadakan pertandingan persembahan kreatif bahasa arab yang mana dari banyak-banyak kumpulan, setiap pensyarah bahasa arab akan memilih siapa yang layak masuk pertandingan,” ini adalah antara bait ustazah-ustazah dan ustaz-ustaz bahasa arab kepada kami, siswa siswi mereka. Bukan mudah untuk terpilih kerana 1 kelas dalam 6 kumpulan sedangkan terdapat 20 seksyen. Jadi, ini bermakna 120 kumpulan dan hanya 10 saja yang layak masuk ke pertandingan tersebut.

Sukar memang sukar namun itu tidak pernah mematahkan semangat kami (akhawat Pembina). Segala persiapan dilakukan sebaik mungkin. Semua akhawat Pembina adalah pelajar kelas yang berbeza. Namun demikian, hanya seorang saja yang kumpulannya Berjaya masuk pertandingan. Sedih memang sedih namun mungkin bukan rezeki …mungkin ada hikmah yang tersirat..tidak bisa ditafsirkan..2 hari lagi tarikh pertandingan itu akan diadakan, akhawat Pembina yang kumpulannya terpilih sibuk melakukan persiapan tetapi tiada siapa yang tahu apakah perancangan Dia sebaik-baik perancang, dua ahli kumpulan akhawat Pembina ini menarik diri di saat akhir..

Akhawat Pembina yang lain hanya mampu memberikan kata-kata peransang agar tetap meneruskan apa yang dirancang. Dengan kebesaranNYA, akhawat yang bermasalah ini terdetik dihatinya untuk memohon jasa baik akhawat-akhawat lain untuk menggantikan ahli-ahli kumpulannya yang menarik diri. Pada mulanya timbul keraguan di hati, bukan kerana tidak ingin membantu tetapi adalah kerana akhawat yang lain berada di kelas yang lain dan juga di bawah pensyarah yang berbeza. Akhawat yang kuat semangatnya ini tidak berputus asa kerana putus asa itu bukan sikap orang-orang mukmin, dia bertanya kepada pensyarah yang dihormatinya. Alhamdullilah, di sebalik kesusahan itu pasti ada kesenangan.

Akhawat yang lain bersetuju untuk membantu. Malam sebelum pertandingan itu latihan penuh diadakan dalam keadaan yang tidak serius sambil gelak ketawa, maklum saja bidan terjun. Walaubagaimanapun, skrip tetap dihafaz walau masa terhad, perubahan dari segi gaya persembahan dan pelbagai lagi turut dibuat dalam masa yang cepat dan pantas. Kemesraan yang terbina, ukhuwah yang didirikan atas paksi kejujuran dan keikhlasan membuatkan segala yang dibincang dalam keadaan harmoni walaupun ketika itu masing-masing dalam keadaan yang tertekan.

Hari yang dinanti tiba. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, perlancarkanlah segala yang dirancang namun kami redha akan segala-galanya kerana Engkau adalah sebaik-baik perancang. Aminn..tidak pernah diduga, kumpulan-kempulan lain mempersembahkan persembahan yang mantap, kreatif…sedangkan kami, baru malam tadi menyusun strategi, hanya mengambil masa kira-kira 2 jam saja berbanding mereka. Astaghfirullah..kuatkan hati kami..dengan nama Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang, kami melangkah dengan penuh yakin..mempersembahkan seperti apa yang dirancang..saling menampung kekurangan antara satu sama lain..kerana tidak ada yang sempurna..

Tibalah saat yang mendebarkan, masing-masing dengan wajah yang tenang sedangkan hati berkocak hebat…alhamdullilah..tempat ketiga..nama ketua kumpulan kami yang dipanggil untuk mengambil hadiah dan sijil (akhawat Pembina)..subhanallah..mimpikah semua ini..dengan perasaan yang tidak henti-henti mengucapkan syukur dan terlalu gembira, kami buka sampul yang diberi..RM200..subhanallah..alhamdullilah..di saat poket masing-masing mulai kering Kau beri kami rezeki yang tidak dijangka tetapi….kegembiraan itu seketika saja pabila salah seorang pensyarah datang menghampiri kami dan berkata, “maaflah, hadiah ni bukan untuk kumpulan kamu, tersalah orang”, rezeki yang tadi hadir..nikmat yang hadir sesaat..sesaat kemudian juga ia diragut kembali..

Masing-masing terdiam dan saya berkata, “xpelah, at least kita dapat pegang dan cium duit tadi..bukan rezeki kita”, sekadar member semangat yang melayang entah ke mana kepada ahli kumpulan yang lain. Saat itu masing-masing memberikan kata-kata semangat antara satu sama lain. Manisnya ukhuwah!!!...tup!!nama ketua kumpulan kami dipanggil semula..ya Allah..Allhuakbar!!atas kebesaranMU..kebijaksanaanMU..mengatur yang tidak terduga..rupa-rupanya kumpulan kami mendapat tempat pertama..ya Allah, mimpikah ini??? Saat itu saya meminta beberapa orang sahabat mencubit saya…ya!!!ini realiti..

Allah itu maha adil..maha mengetahui..Dia tahu tiap satu yang terdetik di hati hamba-hambaNYA…RM200 yang ditarik, Dia berikan dengan yang lebih baik..RM300..mungkin bagi sesetengah orang menganggap itu jumlah yang kecil tetapi bagi kami semua sangat berharga…rahmat Allah yang mungkin kita tidak pernah menjangka apakah dan bagaimanakah bentuknya. Sememangnya itulah antara detik terindah kami…jarang-jarang sekali pihak pengurusan kolej melaksanakan program sedemikian, alhamdullilah mungkin ada rahmat yang tersembunyi…

Yakinlah, pabila kita yakin dengan kekuasaanNYA..walau hebat bagaimana sekalipun perancangan yang dibuat, jika Dia yang maha berkuasa tidak berkata “jadilah!” maka sia-sia saja maknanya. Janganlah berputus asa kerana rahmat Tuhan itu ada di mana-mana saja. Yakin dengan diri, kerana kita ini adalah sebaik-baik ciptaanNYA…Allahuakbar!!!subhanallah!!!