2:37 AM | Author: ummul mujahidah_90
salam alaik...hari ini ana melawat saudara ana yang kemalangan di hospital segamat..isterinya dikenakan 24 jahitan di muka...alhamdullilah anakya cedera ringan sahaja dan si suami mengalami kecederaan dalaman tetapi tidak parah..kejadian berlaku ketika Mereka sekeluarga dalam perjalanan ke pekan unuk membeli persiapan hari raya korban..namun segalanya suratan Ilahi..kita sebagai hamba yang lemah tidak dapat lari dari ketentuanNYA..itulah suratan..tiada siapa pun dapat lari..apabila Allah berkata: "kun fa yakun"..maka ia tetap akan terjadi...

ketika kaki melangkah ke dalam wad..ada pelbagai ragam pesakit..ada yang terbaring dengan di baluti wayar pada seluruh badan..berbalut..luka teruk..terbaring lesu dengan bantuan pernafasan dan pelbagai lagi..secara jujurnya ana bersa takut,kesian..dan bermacam lagi..ana jadi terfikir..ya Allah..bila pula giliranku??mampukah aku hadapinya suatu masa nanti..??alhamdullilah..kau berikan kesihatan yang baik dan tubuh badan yang sihat kepadaku...

saban hari di dada akhbar jumlah pengangguran semakin meningkat di malaysia akan tetapi jumlah pekerja asing yang masuk semakin meningkat..2 fenomena yang berbeza namun bukan pelik lagi bagi kita di malaysia...banyausaha yang telah dilakukan antaranya membuka peluang pekerjaan namun masih tidak mampu menyelesaikan masalah yang berlaku..acapkali kita dengar rakyat malaysia manja dan memilih kerja...benarkah begitu??mungkin ada benarnya..yang sering dijadikan alasan..ajal,maut dan rezeki di tangan Allah..tetapi ingatlah rezeki tidak datang bergolek..tidak juga datang melayang apabila dipinta namun kita perlulah berusaha...sebagai contoh..pengusaha otai burger yang hanya mempunyai sijil spm kini lebih pendapatan berbanding lepasan ipt...mengapa tidak kita ambil contoh???tidak terniat di hati ana ingin mengeji tetapi biarlah isu ini kita muzakarah,muhasabah sama2..pendapat ana..apa salahnya jika kita bekerja di kilang buat sementara menanti kerja yang lebih bagus...dapat juga membayar hutang PTPTN atau MARA hanya pendapat ana..ingatlah..saat sakit datang menjelma...kita tidak berharga lagi...waktu badan sihat inilah yang harus kita perah keringat..dunia ini tempat tanaman...umpama pokok sebagai dunia..dan buahnya adalah akhirat..tepuk dada tanya iman..adakah kita ini berharga ???
LoVe..
7:26 AM | Author: ummul mujahidah_90
salam alaik..asif..kepada kak naqibah kesayangan..juga ikhwah dan akhawat pembina kerana ana tidak terlalu aktif mengupdate blog ini..asif...sejujurnya masa yang tidak bijak ana bahagikan membuatkan ana rasakan masa sentiasa cemburu dengan ana..itulah manusia...terlalu sukar untuk mengakui kelemahan diri sendiri..sering kali permata atau jawapan yang sering membelenggu diri terhadap sesuatu persoalan sebenarnya jawapan itu terlalu hampir dengan diri kita..benda yang dekat sering kali kita kabur melihat...tersalah tafsir..sehinggakan diri berasa tertekan...tertanya2..apakah sebenarnya yang terjadi..begitu juga dengan kelemahan orang lain..pantas mata kita menafsir..minda kita mencerna maklumat tersebut...sehingga satu tahap jiwa kita akan sesak..hati rasa tertekan...saat itu iblis akan mengeluarkan jarum suntikan kebencian..kita membenci...terusan membenci..ada pepatah mengatakan..jika ingin tahu kelemahan diri kita..tanyalah kepada musuh2 kita..pantas mereka menyenaraikan tanpa ragu2...tanpa disedari..kita sebenarnya juga tidaklah hebat..juga x sempurna..siapalah kita untuk membenci insan lain..sempurna sangatkah kita???fikirlah..

ana teringat suatu peristiwa...salah seorang saudara ana mengadu..kepada pakcik2 ana..namun ana yang ketika itu masih tidak matang..turut mendengar dan menyampuk..ana rasa geram..katanya isterinya tidak pandai berhias..dah x cantik...anak xramai..dan macam2 lagi..ana yang masih kecil bertanya satu soalan yang membuatkan dia terdiam..diri akhi tu sempurna sangatke untuk dapat seorang bidadari sebagai isteri???(jangan tiru..ni masih budak2...masih jahil)..sekarang..ana meningkat dewasa..dan semakin matang..insyaAllah xlama lagi akan tiba giliran ana untuk menempuh alam berkeluarga...ana sedar dan katakan pada diri..ana xsempurna..banyak kelemahan..bukan rijal yang gemilang yang ana dambakan..kerana..ana bersakan tidak layak..bukan juga penghimpun harta dunia..kerana bukan itu matlamat ana di dunia..cukuplah seorang rijal yang sederhana ..miliki agama yang bagus agar dapat pimpin bahtera kami...juga pekerjaan yang halal untuk memenuhi nafkah dan tuntutan agama..

kasih sayang dan hidup tetap xdapat dipisahkan..kerana kurniaanNYA yang maha hebat buat seluruh makhluk ciptaanNYA...bahkan jin juga ada perasaan jikalau tidak tiadalah timbul soal gadis dirasuk kerana jin yang merasuk cintakan manusia tersebut...tumbuh-tumbuhan jika kita baja dan tanam dengan penuh kasih sayang..insyaAllah akan subur...jangan lupa diniatkan segala yang dilakukan adalah kerana Allah semata-mata...jadi..tiada alasan untuk kita beri bahawa kasih sayang tidak perlu untuk hidup bahagia...jikalau ada..itulah manusia yang satu-satunya cuba menafikan fitrah yang diberi Ilahi...menganggap diri terlalu hebat..sedangkan hidup di dunia ini pun dengan rahmat Nya...kenapa usahawan cina sering memberi derma ???jawapannya mudah..kerana bila mereka memberi..meraka merasa tenang..cuba kita dalami betul2..umat Islam amat bertuah..begitu banyak cara untuk kita merasai tenang bahkan lebih hebat dari yang dirasai usahawan2 cina tersebut..paling mudah..solat,baca al-quran...sayangnya kita lalai..dan terus berkata hidup aku tidak pernah tenang..bagaimana kita hendak tenang jika diri makin jauh dengan yang maha esa??fikirlah...


apabila ditimpa musibah..mengapa ada saja mulut2 yang berkata..aku xmampu..hidup aku sentiasa dalam kesedihan..mengapa tidak kita tukar ayat2 itu..aku kuat..aku bahagia..aku bersyukur atas segala yang ku terima...ingatlah..setiap kata2 kita merupakan doa buat diri kita..janganlah kita mendoakan yang bukan2 kepada diri sendiri...tabahlah..tidak ada manusia yang beriman tidak pernah diuji..teringat zaman kanak2..ayah ana merupakan seorang tentera laut..berbulan2 ayah ana invisible kerana tugasan ..saat itu kami susah..bulan ramadhan..tiap2 hari kami sekeluarga makan bubur kosong...adik2 ana menangis...nak ayam..daging..ada hikmah di sebalik kesusahan kami..adik2 ana jadi seorang yang kuat dan tidak manja terhadap kemewahan..cukuplah bersederhana...sering ana ingatkan mereka tiap kali pulang ke rumah..ingat, ramai lagi yang susah..jangan mudah minta duit kat mak ayah untuk beli sesuatu..kumpul duit..kalau rasa x boleh..puasa..duit sekolah dapat simpan..alhamdullilah..adik2 ana ikut..duit raya digunakan untuk keperluan sekolah..sejak darjah 5..ayah ana sudah didik..bayar yuran sekolah by my ownself...bukan yuran ana sahaja malah yuran adik2 ana pun turut ana pergi bayar..itu semua pengalaman..ana faham..ayah ana sibuk..asif..cerita ini bukan untuk dibanggakan..sekadar peringatan..janganlah kita terlalu manjakan anak2..kelak dia jadi binasa..

tiada ibu bapa yang ingin melihat anak2 mereka jadi penjahat..sampah masyarakat..lebih teruk..hina pada pandangan Allah..janganlah kita besar pada pandangan manusia..miliki harta bertimbun..pangkat besar..tetapi kecil dan hina dan kecil pada penglihatan Allah..tepuk dada tanya iman..

asif jikalau post kali ini tidak memuaskan..
cuti sem bermula..majlis perkahwinan bersemi..jua...
3:52 AM | Author: ummul mujahidah_90









alahmdullilah..dengan limpah kurniaNYA..akhirnya final exam yang dihadapi berjaya diharungi..segala kepenatan,keperitan..insyaAllah akan berbayar dengan kejayaan...amiin...sakit pening..dilalui bersama...xjuga dilupakan peristiwa bersejarah 15 september 2009 pada pukul 12.15 malam...maaf..insyaAllah..post akan datang diceritakan..sayangnya...segala aktiviti pembina yang bnyak dilakukan tidak dapat ana hadir...namun...walau pun jauh..ana tetap mengikuti pekembangan pembina dan isma'...


ukhti kesayangan..aishah dan nani akan mendirikan masjid...tahniah...sayang akak berdua..semoga dikurniakan sebuah keluarga islam yang soleh dan solehah serta sentiasa diberkati Allah..insyaAllah..amiin...asif..ana xdapat hadir...jauh sangatlah kak..maaf sangat2..namun doa kami sentiasa mengiringi akak berdua...we love u..both of u sis...