Bahasa melambangkan bangsa. Bahasa arab bahasa al-quran dan ahli syurga, walaupun kita bukanlah berbangsa arab tetapi disebabkan kalamullah dalam bahasa arab membuatkan kita berasa perlunya belajar bahasa arab. Seperti mana anak-anak muda kini yang begitu bangga apabila bertutur bahasa Inggeris jadi mengapa tidak kita member perhatian dan tumpuan kepada bahasa arab, bahasa syurga???
“ Perhatian semua, sem ni insyaAllah pihak kolej akan mengadakan pertandingan persembahan kreatif bahasa arab yang mana dari banyak-banyak kumpulan, setiap pensyarah bahasa arab akan memilih siapa yang layak masuk pertandingan,” ini adalah antara bait ustazah-ustazah dan ustaz-ustaz bahasa arab kepada kami, siswa siswi mereka. Bukan mudah untuk terpilih kerana 1 kelas dalam 6 kumpulan sedangkan terdapat 20 seksyen. Jadi, ini bermakna 120 kumpulan dan hanya 10 saja yang layak masuk ke pertandingan tersebut.
Sukar memang sukar namun itu tidak pernah mematahkan semangat kami (akhawat Pembina). Segala persiapan dilakukan sebaik mungkin. Semua akhawat Pembina adalah pelajar kelas yang berbeza. Namun demikian, hanya seorang saja yang kumpulannya Berjaya masuk pertandingan. Sedih memang sedih namun mungkin bukan rezeki …mungkin ada hikmah yang tersirat..tidak bisa ditafsirkan..2 hari lagi tarikh pertandingan itu akan diadakan, akhawat Pembina yang kumpulannya terpilih sibuk melakukan persiapan tetapi tiada siapa yang tahu apakah perancangan Dia sebaik-baik perancang, dua ahli kumpulan akhawat Pembina ini menarik diri di saat akhir..
Akhawat Pembina yang lain hanya mampu memberikan kata-kata peransang agar tetap meneruskan apa yang dirancang. Dengan kebesaranNYA, akhawat yang bermasalah ini terdetik dihatinya untuk memohon jasa baik akhawat-akhawat lain untuk menggantikan ahli-ahli kumpulannya yang menarik diri. Pada mulanya timbul keraguan di hati, bukan kerana tidak ingin membantu tetapi adalah kerana akhawat yang lain berada di kelas yang lain dan juga di bawah pensyarah yang berbeza. Akhawat yang kuat semangatnya ini tidak berputus asa kerana putus asa itu bukan sikap orang-orang mukmin, dia bertanya kepada pensyarah yang dihormatinya. Alhamdullilah, di sebalik kesusahan itu pasti ada kesenangan.
Akhawat yang lain bersetuju untuk membantu. Malam sebelum pertandingan itu latihan penuh diadakan dalam keadaan yang tidak serius sambil gelak ketawa, maklum saja bidan terjun. Walaubagaimanapun, skrip tetap dihafaz walau masa terhad, perubahan dari segi gaya persembahan dan pelbagai lagi turut dibuat dalam masa yang cepat dan pantas. Kemesraan yang terbina, ukhuwah yang didirikan atas paksi kejujuran dan keikhlasan membuatkan segala yang dibincang dalam keadaan harmoni walaupun ketika itu masing-masing dalam keadaan yang tertekan.
Hari yang dinanti tiba. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, perlancarkanlah segala yang dirancang namun kami redha akan segala-galanya kerana Engkau adalah sebaik-baik perancang. Aminn..tidak pernah diduga, kumpulan-kempulan lain mempersembahkan persembahan yang mantap, kreatif…sedangkan kami, baru malam tadi menyusun strategi, hanya mengambil masa kira-kira 2 jam saja berbanding mereka. Astaghfirullah..kuatkan hati kami..dengan nama Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang, kami melangkah dengan penuh yakin..mempersembahkan seperti apa yang dirancang..saling menampung kekurangan antara satu sama lain..kerana tidak ada yang sempurna..
Tibalah saat yang mendebarkan, masing-masing dengan wajah yang tenang sedangkan hati berkocak hebat…alhamdullilah..tempat ketiga..nama ketua kumpulan kami yang dipanggil untuk mengambil hadiah dan sijil (akhawat Pembina)..subhanallah..mimpikah semua ini..dengan perasaan yang tidak henti-henti mengucapkan syukur dan terlalu gembira, kami buka sampul yang diberi..RM200..subhanallah..alhamdullilah..di saat poket masing-masing mulai kering Kau beri kami rezeki yang tidak dijangka tetapi….kegembiraan itu seketika saja pabila salah seorang pensyarah datang menghampiri kami dan berkata, “maaflah, hadiah ni bukan untuk kumpulan kamu, tersalah orang”, rezeki yang tadi hadir..nikmat yang hadir sesaat..sesaat kemudian juga ia diragut kembali..
Masing-masing terdiam dan saya berkata, “xpelah, at least kita dapat pegang dan cium duit tadi..bukan rezeki kita”, sekadar member semangat yang melayang entah ke mana kepada ahli kumpulan yang lain. Saat itu masing-masing memberikan kata-kata semangat antara satu sama lain. Manisnya ukhuwah!!!...tup!!nama ketua kumpulan kami dipanggil semula..ya Allah..Allhuakbar!!atas kebesaranMU..kebijaksanaanMU..mengatur yang tidak terduga..rupa-rupanya kumpulan kami mendapat tempat pertama..ya Allah, mimpikah ini??? Saat itu saya meminta beberapa orang sahabat mencubit saya…ya!!!ini realiti..
Allah itu maha adil..maha mengetahui..Dia tahu tiap satu yang terdetik di hati hamba-hambaNYA…RM200 yang ditarik, Dia berikan dengan yang lebih baik..RM300..mungkin bagi sesetengah orang menganggap itu jumlah yang kecil tetapi bagi kami semua sangat berharga…rahmat Allah yang mungkin kita tidak pernah menjangka apakah dan bagaimanakah bentuknya. Sememangnya itulah antara detik terindah kami…jarang-jarang sekali pihak pengurusan kolej melaksanakan program sedemikian, alhamdullilah mungkin ada rahmat yang tersembunyi…
Yakinlah, pabila kita yakin dengan kekuasaanNYA..walau hebat bagaimana sekalipun perancangan yang dibuat, jika Dia yang maha berkuasa tidak berkata “jadilah!” maka sia-sia saja maknanya. Janganlah berputus asa kerana rahmat Tuhan itu ada di mana-mana saja. Yakin dengan diri, kerana kita ini adalah sebaik-baik ciptaanNYA…Allahuakbar!!!subhanallah!!!
|
This entry was posted on 8:02 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
0 comments: