Puteri Islam Sejati
8:45 AM | Author: ummul mujahidah_90





Disediakan oleh:Abu Ubaidah bin Sainuri



Wanita ibarat bunga.Indahnya pada pandangan mata hanya sementara.Yang kekal menjadi pujaan manusia hanyalah wanita yang mulia akhlaknya kerana akhlak itu umpama bunga diri.Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk.Tiada gunanya juga berwajah cantik tetapi hati kosong tanpa ilmu.Ibarat bunga,ada yang cantik apabila dipandang tetapi busuk baunya.Ada pula yang kurang menarik rupanya dan baunya juga kurang menyenangkan.Ada juga bunga yg tidak menarik pada pandangan kasar tetapi tetapi apabila dihalusi dengan mata hati,ternyata amat tinggi nilainya.Wanita adalah makhluk allah yg sangat istimewa.Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita.Oleh yang demikian Allah telah menetapkan hokum-Nya ke atas mereka.Walaupun hukum itu dilihat berat pada pandangan si jahil tetapi ia adalah kemanisan iman yang bakal dicapai oleh seseorang wanita solehah.Rasullullah pernah bersabda”Harta Yang Paling Berharga Di Dunia Adalah Wanita Solehah”(hadith riwayat Muslim)



Kelebihan Wanita.



Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w pernah bersabda.”Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan,diampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah mengangkat 1000 darjat untuknya.”



Maulana Syed Ahmad Khan dalam bayannya menceritakan kelebihan yg dimiliki oleh wanita.Katanya”seorang wanita yang solehah adalah lebih baik daripada seorang wali Allah”.Wanita yang menguli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya.Wanita yang membersihkan lantai dengan berzikir dapat pahala seperti membersihkan Baitullah.Wanita yang solehah adalah lebih naik dari 70 lelaki soleh.



Perkara yang dibenci Allah.



Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman:”Hiduplah dengan apa yang kamu suka”Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki bukan muhrim atau memakai segala yang mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.Wanita yang jahat lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.



Sewaktu Nabi Muhammad di israkkan ke langit,baginda telah diperlihatkan pelbagai jenis azab ke atas wanita yang mengingkari suruhan Allah,sesungguhnya azab Allah itu amatlah berat.









1)Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otaknya mendidih=tidak menjaga rambutnya dikalangan lelaki.



2)Digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya dan aspal yg mendidih dari neraka di tuangkan dikerongkongnya.=wanita yang menyakiti hati suami dengan kata-kata.



3)Digantung dengan buah dada dan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya=menyusui anak orang lain tanpa izin suami.



4)Diikat dengan kaki dan tangan =keluar dari rumah tanpa izin suaminya,tidak mandi wajib dari haid dan nifas.



5)Wanita yang memakan dirinya sendiri dengan di bawahnya ada api neraka yang menyala-nyala.=suka bersolek untuk dilihat lelaki lain dan bercakap tentang keaiban orang lain.



6)Memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka=suka menonjolkan dirinya dikalangan orang ramai supaya orang lain terpesona.



7) Diikat dengan kaki dan tangan ke arah ubun-ubunnya,serta dibelit dengan kekuasaan ular dank ala jengking=mampu mengerjakan solat dan puasa tetapi tidak mahu mandi wajib dan berwudu’.



8)Kepala babi berbadan keldai=suka mengadu domba dan berdusta



9)Berbentuk seperti anjing=suka memfitnah dan marah-marah pada suaminya



Jelaslah bahawa azab Allah amatlah berat,jadikan kisah ini satu iktibar dalam pembentukan sahsiah untuk membentuk peribadi muslimah yang cemerlang dunia akhirat,insyaallah.

sumber: http://ppimkursk.blogdrive.com/
REZEKI YANG TIDAK DIJANGKA
8:02 AM | Author: ummul mujahidah_90
Bahasa melambangkan bangsa. Bahasa arab bahasa al-quran dan ahli syurga, walaupun kita bukanlah berbangsa arab tetapi disebabkan kalamullah dalam bahasa arab membuatkan kita berasa perlunya belajar bahasa arab. Seperti mana anak-anak muda kini yang begitu bangga apabila bertutur bahasa Inggeris jadi mengapa tidak kita member perhatian dan tumpuan kepada bahasa arab, bahasa syurga???

“ Perhatian semua, sem ni insyaAllah pihak kolej akan mengadakan pertandingan persembahan kreatif bahasa arab yang mana dari banyak-banyak kumpulan, setiap pensyarah bahasa arab akan memilih siapa yang layak masuk pertandingan,” ini adalah antara bait ustazah-ustazah dan ustaz-ustaz bahasa arab kepada kami, siswa siswi mereka. Bukan mudah untuk terpilih kerana 1 kelas dalam 6 kumpulan sedangkan terdapat 20 seksyen. Jadi, ini bermakna 120 kumpulan dan hanya 10 saja yang layak masuk ke pertandingan tersebut.

Sukar memang sukar namun itu tidak pernah mematahkan semangat kami (akhawat Pembina). Segala persiapan dilakukan sebaik mungkin. Semua akhawat Pembina adalah pelajar kelas yang berbeza. Namun demikian, hanya seorang saja yang kumpulannya Berjaya masuk pertandingan. Sedih memang sedih namun mungkin bukan rezeki …mungkin ada hikmah yang tersirat..tidak bisa ditafsirkan..2 hari lagi tarikh pertandingan itu akan diadakan, akhawat Pembina yang kumpulannya terpilih sibuk melakukan persiapan tetapi tiada siapa yang tahu apakah perancangan Dia sebaik-baik perancang, dua ahli kumpulan akhawat Pembina ini menarik diri di saat akhir..

Akhawat Pembina yang lain hanya mampu memberikan kata-kata peransang agar tetap meneruskan apa yang dirancang. Dengan kebesaranNYA, akhawat yang bermasalah ini terdetik dihatinya untuk memohon jasa baik akhawat-akhawat lain untuk menggantikan ahli-ahli kumpulannya yang menarik diri. Pada mulanya timbul keraguan di hati, bukan kerana tidak ingin membantu tetapi adalah kerana akhawat yang lain berada di kelas yang lain dan juga di bawah pensyarah yang berbeza. Akhawat yang kuat semangatnya ini tidak berputus asa kerana putus asa itu bukan sikap orang-orang mukmin, dia bertanya kepada pensyarah yang dihormatinya. Alhamdullilah, di sebalik kesusahan itu pasti ada kesenangan.

Akhawat yang lain bersetuju untuk membantu. Malam sebelum pertandingan itu latihan penuh diadakan dalam keadaan yang tidak serius sambil gelak ketawa, maklum saja bidan terjun. Walaubagaimanapun, skrip tetap dihafaz walau masa terhad, perubahan dari segi gaya persembahan dan pelbagai lagi turut dibuat dalam masa yang cepat dan pantas. Kemesraan yang terbina, ukhuwah yang didirikan atas paksi kejujuran dan keikhlasan membuatkan segala yang dibincang dalam keadaan harmoni walaupun ketika itu masing-masing dalam keadaan yang tertekan.

Hari yang dinanti tiba. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, perlancarkanlah segala yang dirancang namun kami redha akan segala-galanya kerana Engkau adalah sebaik-baik perancang. Aminn..tidak pernah diduga, kumpulan-kempulan lain mempersembahkan persembahan yang mantap, kreatif…sedangkan kami, baru malam tadi menyusun strategi, hanya mengambil masa kira-kira 2 jam saja berbanding mereka. Astaghfirullah..kuatkan hati kami..dengan nama Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang, kami melangkah dengan penuh yakin..mempersembahkan seperti apa yang dirancang..saling menampung kekurangan antara satu sama lain..kerana tidak ada yang sempurna..

Tibalah saat yang mendebarkan, masing-masing dengan wajah yang tenang sedangkan hati berkocak hebat…alhamdullilah..tempat ketiga..nama ketua kumpulan kami yang dipanggil untuk mengambil hadiah dan sijil (akhawat Pembina)..subhanallah..mimpikah semua ini..dengan perasaan yang tidak henti-henti mengucapkan syukur dan terlalu gembira, kami buka sampul yang diberi..RM200..subhanallah..alhamdullilah..di saat poket masing-masing mulai kering Kau beri kami rezeki yang tidak dijangka tetapi….kegembiraan itu seketika saja pabila salah seorang pensyarah datang menghampiri kami dan berkata, “maaflah, hadiah ni bukan untuk kumpulan kamu, tersalah orang”, rezeki yang tadi hadir..nikmat yang hadir sesaat..sesaat kemudian juga ia diragut kembali..

Masing-masing terdiam dan saya berkata, “xpelah, at least kita dapat pegang dan cium duit tadi..bukan rezeki kita”, sekadar member semangat yang melayang entah ke mana kepada ahli kumpulan yang lain. Saat itu masing-masing memberikan kata-kata semangat antara satu sama lain. Manisnya ukhuwah!!!...tup!!nama ketua kumpulan kami dipanggil semula..ya Allah..Allhuakbar!!atas kebesaranMU..kebijaksanaanMU..mengatur yang tidak terduga..rupa-rupanya kumpulan kami mendapat tempat pertama..ya Allah, mimpikah ini??? Saat itu saya meminta beberapa orang sahabat mencubit saya…ya!!!ini realiti..

Allah itu maha adil..maha mengetahui..Dia tahu tiap satu yang terdetik di hati hamba-hambaNYA…RM200 yang ditarik, Dia berikan dengan yang lebih baik..RM300..mungkin bagi sesetengah orang menganggap itu jumlah yang kecil tetapi bagi kami semua sangat berharga…rahmat Allah yang mungkin kita tidak pernah menjangka apakah dan bagaimanakah bentuknya. Sememangnya itulah antara detik terindah kami…jarang-jarang sekali pihak pengurusan kolej melaksanakan program sedemikian, alhamdullilah mungkin ada rahmat yang tersembunyi…

Yakinlah, pabila kita yakin dengan kekuasaanNYA..walau hebat bagaimana sekalipun perancangan yang dibuat, jika Dia yang maha berkuasa tidak berkata “jadilah!” maka sia-sia saja maknanya. Janganlah berputus asa kerana rahmat Tuhan itu ada di mana-mana saja. Yakin dengan diri, kerana kita ini adalah sebaik-baik ciptaanNYA…Allahuakbar!!!subhanallah!!!
APRIL FOOL: Adakah patut kita sebagai Muslim menyambutnya?
7:48 AM | Author: ummul mujahidah_90
FOKUS EDISI:



Apa itu hari April Fool?

Hari April Fool yang juga dikira sebagai All Fool’s Day ini disambut pada setiap 1 April, berdasarkan pada budaya memperolok-olokkan orang pada hari itu.



Nak sambut ke?

Tak payahlah sambut....bukan budaya kita sebagai orang Islam pun. Yang pastinya, hari April Fool ni bukan datang dari Islam, ataupun dicipta oleh orang Islam. Kan dalam Islam dikatakan, tak baik menipu dan memperolok-olokkan orang lain semata-mata untuk suka-suka.



Ada sejarah ke April Fool ni?

Takde yang betul-betul pasti tapi April Fool ni dah orang sambut sejak berkurun lalu kat merata dunia. Ada persamaan juga antara budaya ni dengan a few perayaaan lain, macam Hilaria yang disambut kerajaan silam Rome dan Holi di India. Lagi satu...ada yang kata, timing April Fool ni sama dengan perubahan equinox masa musim bunga...bila perubahan cuaca dan waktu dikatakan ‘memperolokkan’ manusia sejagat.



Ada yang kata, orang Islam tak boleh sambut April Fool sebab budaya ni bertitik-tolak pada kejatuhan kerajaan Spain Islam satu masa dulu, yang berlaku pada 1hb April?

Cerita ni dah banyak tersebar kat Internet. Alkisahnya camni; satu masa dulu dikatakan Kerajaan Islam di Spain ni sangatlah kuat menyebabkan musuh mereka merasa cemburu. Nak jatuhkan terang-terangan, tak kuat nak lawan. Tak boleh buat secara kasar, diorang ambil pendekataan cara halus. Caranya? Eksport arak masuk ke Spain secara percuma. PERCUMA? Benda free...memang la banyak orang akan tertarik. Especially golongan muda...



Bila makin ramai orang yang dah terpengaruh, kerajaan Islam mula menjadi lemah. Akhirnya kerajaan Islam ini pun jatuh. Dikatakan orang-orang kafir menipu orang-orang Islam dengan mewarwarkan bahawa orang-orang Islam boleh selamatkan diri mereka dengan belayar keluar dari Spain. Orang-orang Islam diperdayakan. Pada 1 April, bila mereka keluar dari rumah masing-masing, orang kafir gunakan peluang ini untuk membakar rumah-rumah mereka. Dalam masa yang sama, kapal-kapal yang sepatutnya digunakan utk orang-orang Islam ni belayar keluar dari Spain pun dibakar! Dalam kelam-kabut tu, orang-orang kafir ni pun ambik peluang untuk serang kesemua orang-orang Islam yang menjadi mangsa penipuan mereka...lelaki, perempuan, budak-budak...semuanya menjadi mangsa kekejaman diorang.



N.B.!!! Ringkasan ni adalah based on cerita yang dah circulated kat Internet. Kesahihan cerita ni tak dapat dipastikan 100%. Ada yang kata betul, ada jugak yang kata tidak...Tapi apa-apapun, ambillah iktibar dari cerita ni, pastu fikirkan, masih ke kita nak sambut April Fool kalau cerita ini sahih? And, even if cerita ni tak betul pun...bukan budaya kita kan sebagai orang Islam untuk menipu dan mempermainkan orang lain? Buat orang menyampah kat kita ada lah... nanti camne kita nak tunjukkan Islam ni baik? Tunjukkan example yg baik kepada rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam, ini juga adalah satu dakwah yang penting.



Fikir-fikirkanlah. Wassalam.

sumber: http://ppimkursk.blogdrive.com/