EMPAT perkara sebelum tidur (TAFSIR HAQQI)
3:55 AM | Author: ummul mujahidah_90
Rasullullah saw berpesan kepada Aisyah r.a " Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara," iaitu:

1. Sebelum khatam Al-Quran
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

Bertanya Aisyah: Ya Rasulullah saw. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?

Rasulullah saw tersenyum dan bersabda:
" Jika engkau tidur bacalah srah Al-Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatam Al-Quran. Membaca selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu. Dan perbanyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

Sebarkanlah kisah ini kepada Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah s satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
kematian..pasti datang..
6:31 AM | Author: ummul mujahidah_90
salam..asif..post kali ini agak pendek dari kebiasaanya..dua hari berturut-turut 2 orang saudara ana pergi seorang demi seorang...segalanya berlaku dengan begitu pantas..moga mereka sentiasa bahagia di sana dan segala amal diteima serta segala dosa diampunkan..amiin..hanya doa dapat mengiringi bersama segala amal di dunia yang fana ini..jazakallahu....